• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Definisi Logo

Image

Ciptaan Logo ini adalah komposisi kubah Masjid Kampung Laut, ukiran kayu di Istana Jahar, dan bahtera Petala Indera dengan tulisan huruf jawi (Dewani) "Perbadanan Muzium Negeri Kelantan" yang membawa pengertian berikut:

  1. Sejarah dan kehidupan rakyat Kelantan yang berteraskan agama Islam sejak dahulu kala lagi sebagaimana dibuktikan oleh wujudnya Masjid Kampung Laut, salah sebuah masjid tertua di Asia Tenggara.
  2. Seni dan pertukangan Melayu sebagaimana terdapat pada ukiran kayu di istana-istana.
  3. Manakala bahtera Petala Indera satu-satunya bahtera diraja yang terkenal di negeri Kelantan dan juga mencerminkan cara perjalanan pada zaman dahulu dengan menggunakan jalan air serta mengadakan perkampungan-perkampungan di tepi sungai dan laut.
  4. Dua ekor kijang melambangkan kemegahan negeri Kelantan. Lambang yang diguna secara rasmi oleh Kerajaan Kelantan. Dalam catatan sejarah, kijang itu merupakan kijang kesayangan Che' Siti Wan Kembang, Raja Perempuan yang memerintah dalam Kurun Ke-17 Masihi. Baginda menitahkan supaya menerap rupa kijang pada wang syiling emas, yang digunakan di Kelantan pada masa itu.
  5. Warna kuning yang digunakan melambangkan kedaulatan Sultan dan Raja yang memerintah sementara warna merah pula melambangkan keberanian.