Geduk
Geduk juga adalah sejenis gendang dua muka. Namun hanya sebelah muka sahaja yang diketuk dengan kayu pemukulnya. Muka geduk diperbuat daripada belulang lembu mahupun kerbau. Badan geduk dipanggil temalang yang diperbuat daripada kayu yang keras. Dua bilah buluh di pasang pada satu sisi temalang dan berfungsi sebagai kaki kepada geduk. Apabila didirikan maka geduk tersebut akan berada dalam keadaan serong bagi memudahkan geduk dipukul. Terdapat dua jenis geduk iaitu geduk ibu dan anak. Geduk ibu lebih besar dan geduk anak adalah kecil. Bunyi keduk anak lebih nyaring berbanding dengan geduk ibu.
Geduk also is a type of double-sided drum. But only one side is tapped with a wooden bat. Its surface is made of cow or buffalo hides. The body is called temalang which is made of hard wood. Two bamboo is mounted on one side of temalang and it funtions as geduk’s foot. When it stands, geduk will be in oblique position to make it easier to be beaten. There are two types of geduk, geduk ibu and geduk anak. Geduk ibu is larger and geduk anak is small. Geduk anak sounds more shrill than the geduk ibu.