Wayang Melayu juga dimainkan di Kelantan, Terangganu, Kedah dan juga Pattani. Persembahan cerita Wayang Kulit Melayu adalah berdasarkan dari epik Mahabrata dan juga Ramayana. Patung yang digunakan dalam Wayang Kulit Melayu adalah sama seperti patung wayang kulit Purwa dan ada juga yang sama dengan patung wayang kulit Siam. Bezanya, patung wayang kulit Melayu hanya boleh menggerakkan sebelah tangan sahaja. Kisah Maharata iaitu cerita Pendawa Lima ataupun Kisah Ramayana diceritakan sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu, bukannya bahasa Jawa atau Siam dan disebabkan itulah wayang tersebut dipanggil Wayang Kulit Melayu. Namun di Kelantan, wayang kulit Melayu lebih kepada penceritaan Pendawa Lima berbanding Ramayana.