• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Maharisi 2

Maharisi

Seorang tua yang bijaksana. Dialah yang membuat pertandingan memanah pohon Tal. Merupakan ayah kepada Sita Dewi dan dia juga bertindak sebagai ahli nujum dan bomoh. Patungnya juga hanya boleh menggerakkan sebelah tangan sahaja manakala sebelah lagi memegang seekor naga yang dijadikan tongkat.

A wise old man. He creates the Tal tree archery competition. He is the father of Sita Dewi and he also acted as astrologer and shaman. His statue can only move one hand while the other hand holds a dragon stick.

Kayu Kesah

Kayu Kesah

Satu kayu yang kelihatan seperti pengapit akan digunakan oleh tok dalang sewaktu persembah. Kayu ini akan terselit di bawah paha tok dalang dan akan dibunyikan sebagai memberi isyarat kepada pemuzik-pemuzik sewaktu persembahan.

A wood that looks like a clamp will be used by master puppeteer during the performance. Kayu kesah will be tucked under master puppeteer’s thighs and will give a signal to the musicians during a performance.

Serunai

Serunai

Serunai adalah satu alat muzik yang perlu ditiup. Pelidak di muncung serunai sebanyak empat lapis, diperbuat daripada daun lontar kering. Badannya pula dibuat daripada kayu yang keras seperti bentuk kon. Badan serunai mempunyai tujuh lubang memetik. Selain daripada itu, badan serunai ini juga boleh di ceraikan kepada tiga bahagian.

Malay flute

Malay flute is a musical instrument that needs to be blown. The beak of flute consists of four layers, made of dried palm leaves. The body is made of hard wood like a cone shape. Malay flute body has seven finger holes. In addition, this flute body can also be detached into three parts.

Gong

Gong

Gong memainkan peranan sebagai alat kolotomik yang utama. Kebiasaannya untuk persembahan wayang kulit atau makyong, gong akan dimainkan secara berpasangan iaitu gong ibu dan juga gong anak. Dinding gong begitu tebal dan terdapat busut ditengah-tengahnya untuk dipukul dengan pemukulnya. Gong Ibu mengeluarkan nada yang rendah dan bergema manakala gong anak pula, bunyinya sedikit nyaring.

Gong plays a role as a main colotomic. Normally, for a shadow puppet performance or makyong, gong will be played in pairs which are gong ibu and gong anak. The wall of the gong is so thick and there is a mound in the middle of it to be hit with its bat. Gong ibu produces a low tone and resonance, while gong anak sounds a bit shrill.