Program Kemakmuran Seni Bersama Komuniti anjuran Balai Seni Negara telah berlangsung pada 7 Mac 2020 (Sabtu) di Pasar Nelayan LKIM, Pulau Gajah, Kota Bharu, Kelantan. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr Noor Zari Bin Hamat (Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia).
Sempena program ini, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan turut menyertai dengan membawakan Pameran Permainan Rakyat. Pengunjung bukan sahaja mendapat informasi malahan turut dapat mengimbau nostalgia dengan bermain permainan tersebut di khemah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Antara agensi lain yang menyertai adalah Jabatan Warisan Negara, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Persatuan Seniman Dan Warisan Kelantan (PESTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ramai lagi.
Tarikh 7 Mac 2020 Lokasi Pasar Nelayan LKIM, Pulau Gajah