Pertandingan Rekacipta Wau Canting/Lukis sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2020 Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan dengan kerjasama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan Persatuan Pelayang Negeri Kelantan.
Pertandingan ini telah dirasmikan oleh YB Haji Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar di Dewan Saga Kenering, Kg. Kraftangan, Kota Bharu, Kelantan.
Tarikh 18 Oktober 2020 Lokasi Kg. Kraftangan, Kota Bharu