Sekitar lawatan YB Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan ke Muzium Perang (Bank Kerapu) pada 30 Mac 2021 (Selasa).
Lawatan yang berlangsung pada jam 3.00 petang ini turut diiringi bersama iaitu YB Mejar (B) Dato’ Hj. Md. Anizam bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan juga selaku Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan YABrs. En. Ahmad Shargowi bin Derahman, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Antara artifak yang dilawati ialah Pesawat Skyhawk A4, Helikopter Alouette MKIII, "Pillbox" Pertahanan British, Duit Emas Kelantan dan banyak lagi. Mengakhiri majlis ini, rombongan dipertontonkan video proses restorasi pesawat yang diadakan di bilik tayangan.
Tarikh 30 Mac 2021 Lokasi Muzium Perang, Kota Bharu