Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangssan 2022 (HMA) bertemakan Keunggulan Muzium telah diraikan dengan meriah di Kota Bharu, Kelantan bermula pada 19 hingga 25 Jun 2022.
Penganjuran HMA kali ke-26 ini disifatkan cukup bermakna setelah dua tahun hanya dijalankan secara dalam talian bahkan mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila buat julung-julung kalinya negeri Kelantan dipilih sebagai tuan rumah.
Banyak aktiviti-aktiviti yang diadakan antaranya adalah seperti aktiviti sukan, Seminar HMA, Program Muzium Bersama Komuniti 'Train to Dabong', pameran dari pelbagai agensi, Forum Perdana Ehwal Islam, 'Fun Ride', Pesta Makanan Kelantan, Bengkel Wau Tradisi, 'Treasure Hunt' Jejak Warisan, Karnival Sukan Tradisional, Persembahan Kebudayaan, Pertandingan Seni Silat Jatuh, Pertandingan Buskers dan sebagainya.
Majlis Perasmian HMA yang berlangsung pada 19 Jun 2022 (Ahad) telah dirasmikan oleh YAB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.
Sambutan HMA yang diadakan di Kelantan ini merupakan satu pengiktirafan yang besar terhadap Kelantan sebagai sebuah negeri yang terkenal kerana warisan sejarah dan budayanya.
Muzium bukan hanya berperanan untuk memperbaiki dan menyimpan artifak-artifak, tetapi yang lebih penting supaya ilmu dan maklumat berkaitan dapat disebar dan dikembangkan sehingga ia dapat membina jati diri anak bangsa kita. Semoga seluruh institusi muzium di Malaysia akan terus maju dalam mempertahanan warisan dan kebudayaan negara demi kepentingan generasi akan datang.

Tarikh 19 - 25 Jun 2022 Lokasi Kota Bharu