Festival Masakan Warisan Melaka 2022 anjuran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah berlangsung pada 22-24 Julai 2022 (Jumaat-Ahad) di Jalan Kota Melaka. Festival selama 3 hari ini menarik lebih 50,000 pengunjung.
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan turut menyertai dengan membawa pameran dan persembahan masakan tradisional. Pengunjung bukan sahaja mendapat informasi pameran malah turut berpeluang menikmati juadah masakan tradisional tempatan negeri Kelantan. Pada sebelah malam pula Pertandingan Seni Silat Jatuh dari Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) turut diadakan.
Tarikh 22 - 24 Julai 2022 Lokasi Melaka