Sekitar Program Muzium Bersama Komuniti yang diadakan pada 1 September 2022 (Khamis) di Sekolah Menengah Ugama (A) Tarbiah Diniah Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Mej. (B ) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan. Progam ini dianjurkan sebagai salah satu usaha menyemai sikap menghargai permainan tradisional dalam kalangan para pelajar, selain dapat memberi pengalaman baharu kepada mereka. Selain permainan tradisional, majlis turut diserikan dengan persembahan silat, nasyid dan pentomin Tok Janggut. Bersempena dengan program ini, pihak muzium turut menyediakan satu sudut bacaan di perpustakaan sekolah dan menyumbangkan naskah percuma terbitan PMNK.
Tarikh 1 September 2022 Lokasi Sekolah Menengah Ugama (A) Tarbiah Diniah Tok Uban