Sekitar Program Muzium Bersama Komuniti yang diadakan pada 22 September 2022 (Khamis) di Maahad Tarbiah Mardhiah, Panchor, Kota Bharu, Kelantan.
Program ini dianjurkan sebagai salah satu usaha menyemai sikap menghargai permainan tradisional dalam kalangan para pelajar, selain dapat memberi pengalaman baharu kepada mereka untuk mencuba sendiri permainan tersebut.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Dato' Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Turut hadir bersama ialah YB Mej. (B ) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan.
Bersempena dengan program ini, pihak muzium turut menyediakan sudut bacaan di perpustakaan sekolah dan menyumbangkan naskhah percuma terbitan PMNK. Majlis turut diserikan dengan pameran wayang kulit, demonstrasi membuat wau, persembahan silat, nasyid dan pentomin Tok Janggut.Tarikh 22 September 2022 Lokasi Maahad Tarbiah Mardhiah, Panchor