Kelantan Art & Culture Festival (KACF) telah diadakan pada 24 sehingga 26 Februari 2023 bertempat di perkarangan Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Program KACF ini menampilkan keunikan, kesenian, kebudayaan dan tradisi Negeri Kelantan yang dibawa khas dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Pelbagai pengisian menarik yang bertemakan kebudayaan dan tradisi Negeri Kelantan seperti dikir barat, demonstrasi pembuatan wau, batik, keris, permainan tradisional, makanan tradisi dan banyak lagi.
Turut hadir bersama ialah YB Mej. (B ) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan, YBrs. Dr Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara. dan YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia.
Program ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian ramai warga Kuala Lumpur yang belum berpeluang mengunjungi Negeri Kelantan merasai sendiri pengalaman berkaitan budaya, makanan dan adat resam tentang Negeri Kelantan.