Sekitar Majlis Hari Raya Aidilfitri Perbadanan Muzium Negeri Kelantan 1444H/2023 yang telah diadakan pada 16 Mei 2023 (Selasa) bersamaan 25 Syawal 1444H di Perkarangan Pejabat Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Kemuncak majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan, YABrs. Encik Rosnazli bin Haji Amin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan YABrs. Encik Nik Ahmad Shazzwan bin Nik Muhammad, Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC).