• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Majlis Perasmian Pembukaan Muzium Islam Kelantan

Majlis Perasmian Pembukaan Muzium Islam Kelantan telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 20 Julai 2023 (Khamis) di UTC Kelantan.

Lokasi bersebelahan dengan pusat beli belah KB Mall dan pusat sehenti UTC ini secara tidak langsung akan dapat memberi nilai tambah kepada tarikan pengunjung. Dengan harapan lebih ramai anak-anak muda mengunjungi, mendekati dan mempelajari sejarah perkembangan Islam di nusantara.

Secara umumnya Muzium Islam ini terbahagi kepada beberapa segmen iaitu Sejarah Kedatangan Islam ke Nusantara, Pameran Tokoh-tokoh Islam Kelantan, Pameran Kegemilangan Saintis Islam dan Galeri Tuan Guru Tan Sri Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang merupakan ahli politik Malaysia dan bekas Menteri Besar Kelantan. Turut dipamerkan pada pembukaan kali ini ialah enam bilah pedang Rasulullah dan para sahabat yang didatang khas dari Muzium Terengganu. Artifak peninggalan ini akan dipamer selama sebulan sebagai tarikan pengunjung.

Pada majlis yang sama, turut dilaksanakan penyerahan koleksi buku-buku dan kitab-kitab milik Allahyarham Tuan Guru Tan Sri Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang disampaikan oleh wakil keluarga besar Nikmatullah. Tidak lupa juga, undangan khas mudir sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) menerima koleksi buku-buku terbitan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan termasuk edisi terbaharu buku "50 Tokoh Tersohor Kelantan".

Turut hadir bersama ialah YB Mej. (B ) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan, YABrs. Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Tarikh 20 Julai 2023 Lokasi  UTC Kelantan, Kota Bharu

mzislamrasmi 01
mzislamrasmi 02
mzislamrasmi 03
mzislamrasmi 04
mzislamrasmi 05
mzislamrasmi 06
mzislamrasmi 07
mzislamrasmi 08
mzislamrasmi 09
mzislamrasmi 10
mzislamrasmi 11
mzislamrasmi 12
mzislamrasmi 13
mzislamrasmi 14
mzislamrasmi 15
mzislamrasmi 16
mzislamrasmi 17
mzislamrasmi 18
mzislamrasmi 19
mzislamrasmi 20
mzislamrasmi 21
mzislamrasmi 22
mzislamrasmi 23
mzislamrasmi 24
mzislamrasmi 25