• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Majlis Perasmian Pameran 3D Art Muzium pada 6 Mac 2020

Majlis Perasmian Pameran 3D Art Muzium telah diadakan pada 6 Mac 2020 (Jumaat) bertempat di Perkarangan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan yang mewakilkan Datin Hajjah Norashikin Binti Haji Ahmad diiringi Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, YABrs Encik Arifin bin Haji Hussin.

Pameran ini telah berlangsung di Muzium Negeri Kelantan sejak 15 Februari dan berakhir sehingga 15 April 2020 serta dijangka menerima kedatangan 100,000 pengunjung. Pameran berkonsepkan seni 3D ini merupakan pertama kali dibuat di Kelantan. Program seumpama ini pernah diadakan di Pulau Penang, Ipoh, Langkawi, Pahang, Kuala Lumpur dan Sabah.

Program ini merupakan program anjuran Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dengan kerjasama Tangan Emas Studio. Hasrat program ini adalah selain berupaya menarik orang ramai serta pelancong untuk berkunjung ke muzium, ia juga sebagai tarikan baru di Negeri Kelantan.

Tarikh 6 Mac 2020 Lokasi Perkarangan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

3d-art 01
3d-art 02
3d-art 03
3d-art 04
3d-art 05
3d-art 06
3d-art 07
3d-art 08
3d-art 09
3d-art 10
3d-art 11
3d-art 12
3d-art 13
3d-art 14
3d-art 15

Hakcipta Terpelihara © 2019 Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Mozilla Firefox atau Google Chrome yang terkini

Kemaskini Terakhir : Ahad 20 September 2020.