• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Gedombak

Gedombak

Gedombak adalah sejenis alat muzik yang dimainkan secara paluan. Gedombak juga tergolong di dalam keluarga gendang tetapi hanya sebelah permukaan sahaja tertutup dan sebelah lagi terbuka. Permukaan untuk dipalu dibuat daripada belulang haiwan.

Gedombak is a musical instrument and people play it by beating it. Gedombak belongs to the family of drums but only one part is close and the other one is open. The beating part is made of animals’ hide/fell.

Wak Yoh

Juga adalah pengasuh raja dan rakyat Sri Rama yang setia. Wak Yah memiliki rambut kerinting dan sebelah tangannya memegang sebilah keris. Di kakinya pula terdapat loceng.

Also one of the King’s nanny and Sri Rama’s loyal people. Wak Yah has a curly hair and one of his hands holds a kris. There is a bell at his feet.

Samad

Samad juga adalah watak kelakar yang menghiburkan raja. Pengasuh raja bersama Pak Dogol, Wak Long dan Wak Yah dan Said. Samad digambarkan berkepala botak, hidung besar dan bermata bulat. Kedua-dua tangannya juga boleh digerakkan dan sebelah tangannya memegang sebilah kapak.

Samad is also a funny character that entertains the King. He is also a nanny along with Pak Dogol, Wak Long and Wak Yah. Samad is pictured as bald, have a big nose and round eyes. His both hands can be moved and one of his hands is holding an ax.

Said

Said pula memiliki kepala separuh botak dan memakai seluar pendek berwarna merah. Kedua-dua belah tangan Said juga boleh digerakkan dan sebelah tangannya memegang sikat rambut.

Said is half-bald and wears a red short. Both hands can be moved and one of his hands holds a comb.

Wak Long

Wak Long

Juga watak kelakar dan nakal. Merupakan teman rapat kepada Pak Dogol. Menurut cerita wayang kulit, Wak Long ini dijadikan daripada daki Pak Dogol. Memiliki sedikit jambul di kepalanya dan bermulut sempit. Patung Wak Long juga diukir dengan kedua-dua belah tangannya boleh digerakkan tetapi, Wak Long tidak memegang apa-apa senjata.

He is also a funny and mischievous character. He is Pak Dogol’s best friend. According to the wayang kulit story, Wak Long is made from Pak Dogol’s dirt. Have a little topknot on his head and narrow mouth. His statue is also carved with both hands can be moved but Wak Long does not hold any weapons.

Halaman 2 dari 3