• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Sri Rama 2

Sri Rama

watak utama di dalam persembahan Wayang Kulit Kelantan. Seorang raja yang digambarkan sebagai gagah berani dan sanggup melakukan apa sahaja untuk Sita Dewi, isterinya. Tubuh dan wajahnya berwarna hijau dan sedang berdiri di atas seekor naga.

Patung Sri Rama diukir memiliki mata dan bibir yang kecil serta wajahnya yang begitu lembut. Ini untuk menggambarkan watak Sri Rama sebagai seorang raja yang baik dan halus perwatakannya.

Main character in Kelantan Shadow Puppet performance. A king who is brave, strong and willing to do anything for his wife, Sita Dewi. His body and face are green in color and he stands on a dragon. Sri Rama is carved and portrayed to have small eyes and lips and a very soft face. These characteristics portray Sri Rama as a kind king with a good and great personality.

Pohon Beringin

Pohon Beringin

Pohon beringin di dalam persembahan wayang kulit adalah melambangkan kepada sebuah dunia yang sarat dengan segala kehidupannya. Ada hidupan di air, di bumi dan juga di udara. Dalam wayang kulit Kelantan, pohon beringin ini akan dipacakkan di tengah-tengah kelir sebelum dan selepas tamatnya persembahan.

Banyan tree

Banyan tree in a shadow puppet performance symbolizes a world loaded with lives. There is life in the water, on the land and in the air. In Kelantan shadow puppet, the banyan tree is sticked in the middle of the screen before and after the performance ends.

Istana / Balai Besar

Menggambarkan Istana atau balai besar satu-satu kerajaan.

Palace / Great Hall

Illustrates the palace or great hall of particular government.

Seri Panggung

Seri Panggung

Watak Bota dan Raden ini jarang-jarang dikeluarkan tetapi mereka bertindak sebagai Seri panggung sewaktu pembuka panggung. Nama asal kedua-dua watak ini adalah Dewa Panah. Bota memegang tongkat beserta anak panah manakala Raden pula memegang pedang. Sebelum persembahan wayang kulit dimulakan, patung Bota dan Raden inilah yang akan dipacakkan ditengah-tengah kelir bersama-sama dengan pohon beringin.

The characters, Bota and Raden are rarely issued but they act as Seri Panggung during the opening stage. The original names of these two characters are the God of Arrow. Bota holds a stick with an arrow while Raden’s hand holds a sword. Before the shadow puppet show started, Bota and Raden puppets will be sticked in the middle of screen/backdrop together with Banyan tree.

Raden

Raden Lak Juna dan Lak Palembang

Raden Lak Juna dan Lak Palembang merupakan anakanda kepada Sri Rama Dan Sita Dewi. Patung Raden Lak Juna berwarna hijau lebih mirip kepada patung Sri Rama manakala Lak Palembang berwarna merah lebih mirip kepada patung Laksamana.

Raden Lak Juna and Lak Palembang are the children of Sri Rama and Sita Dewi. Raden Lak Juna is green and looks like Sri Rama while Lak Palembang is red, looks like Laksamana.

Halaman 3 dari 3